Thursday, January 28, 2010

CeRiTa SeDiH




ari ni sy nk cerita tentang diri sy lak..nk mula cmne ek..??sbnrnya time tulis blog ni..perut tgh lapar..jd tiba2 lak terlintas mcm2 yg ada kt peti ais 2..yg jadi sedihnya..walaupn ada brg,tp xblh nk masak..dapur kt umah ni ada problem ckit..dh lama sy x guna kepakaran sy dlm memasak..menu first yg terlintas difikiran sy ialah "bubur jagung"..apa yg ada dlm peti ais ialah kelapa parut,gula melaka,mata ikan(sagu) dan daun pandan..dari mggu lps lagi ingt nk masak..sbb 2 semangat je pegi beli brg kt kedai 'ranjini'..tp bila blk umah..sy suruh la kwn sy buka dapur yg baru beli..tp betapa sedihnya bila tgk dapur 2 belum ada kepala gas dan wayar lagi..ingtkn dh satu set dgn dapur..jd sampai la sekarang masih tertangguh lagi utk masak bubur jagung sbb belum beli lagi kepala dapur..huhuhu....(ni peringatan utk semua..bila kita beli sesuatu brg,hendaklah kita semak dulu sama ada brg2 keperluannya dah lengkap atau sebaliknya..klu x jadi la kes macam sy).. al-maklum la hidup bujang..jd x kisah sangat la klu xde dapur pn..tp boring gak asyik makan kt luar je..

Wednesday, January 27, 2010

MakNa CiNta DiSeBaLiK NaMa Ku


R seorang yang lucu

U disenangi oleh semua orang

S membuat orang tertawa

E memiliki mata yang cantik

M membuat pacaran lebih menarik

A seorang yang gila-gila

E memiliki mata yang cantik

Y disukai oleh sesiapa saja

Z memiliki fikiran yang luas

U disenangi oleh semua orang

R seorang yang lucu

A seorang yang gila-gila


adakah benar semua sifat ini ada pada diri ku..??

ReNuNGaN BuaT SaHaBaT




Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan,belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,hiduplah dalam Iman walau hati dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan...Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini.Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya...Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu...perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi...Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani..

Thursday, February 26, 2009

Tip Memelihara Cinta Sejati

Cinta bukanlah daripada kata-kata tetapi segumpal keinginan yang diberikan kepada hati yang memerlukan

CINTAILAH seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Malah, kisah lampau yang berlaku tidak perlu diungkit lagi sekiranya hati benar-benar menyintai dirinya.

Sememangnya hidup bercinta dan untuk dicintai amat mudah, tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai sukar diperoleh. Ikuti tip bagi memelihara cinta sejati.

1. Pilih pasangan yang sesuai

Janganlah sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segalanya.

Secara jujur, tanyalah pada diri sendiri: Dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah? Jika tidak, buatlah keputusan untuk cari yang lain.

2. Jangan terburu-buru

Jangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan.

3
. Percaya akan kelemahannya

Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan atau perkara yang diingininya. Misalnya, jika pasangan membuat suatu penyataan seperti, saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik, percayalah dia.

Anda seharusnya tanya pada diri sendiri; adakah dia sudah bersedia menghabiskan waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya kemudian baru mengingati aku.

4. Tutup mulut

Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan pasangan kepada rakan. Bertanggung jawab dalam mengungkap perasaan anda terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain. Cara sebegini dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan hubungan emosional anda berdua.

5. Terima seadanya

Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas. Bukan hanya sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu, tetapi amalkan date night sekali seminggu.

6. Jadi pemerhati

Bersikap pemerhati terhadap pasangan. Cuba memerhati dan memahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.

7. Buktikan siapa diri anda

Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada pasangan, serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah tersebut berdua.

8. Mr . Right kembali

Sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati anda suatu masa dahulu, tiba-tiba muncul di hadapan. Bagi anda yang menghadapi masalah sebegini, adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan, bukan?

Perasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa diri membuat keputusan. Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta baru.

9. Bukan perigi cari timba

Anda tidak pernah merasakan bahawa cinta sejati seperti objek yang keras atau seolah-olah berke! lakuan syok sendiri. Malah, anda haruslah sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang berlaku dalam perhubungan.

10. Hargailah diri sendiri dan pasangan

Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau lakukan sesuatu kejutan terhadap dirinya

Tuesday, February 24, 2009

Rahsia Kiraan Tarikh Lahir

Contoh kiraan dari tarikh Lahir

Contoh tarikh Lahir
(27.07.1981)

Sikap & perwatakan (27)
2 + 7
= 9

Visi (27.7.1981)
2 + 7 + 7 + 1 + 9 + 8+ 1
= 35
= 3+5
= 8

Sifat Dalaman / bakat (hanya jika dipupuk)
= Sikap + Visi = sifat dalaman
9 + 8
= 17
= 1+7
= 8

------------------------------------

Definisi ringkas.


No 1 = Pemimpin
Layak menjadi seorg pemimpin, namun jika visinya pemimpin tanpa disokong no 5 (boleh berunding) akan berasa sedikit gila kuasa.

No 2 = Lembut
Kita boleh lihat no 2 pd sikapnya yang lembut, namun jika no 2 pd sifat dlmn, dia mudah mengaku kalah dan terlalu lembut tanpa org lain sedar. Oleh itu, org yg memiliki no 2 pada sifat lembut harus berusaha menjadi lebih kuat dan pendirian tetap.

No 3 = Kemas/Cerewet
Cara pengurusannya amat teliti namun ada sesetengah org yg terlalu cerewet. Visinya yg kemas tanpa disokong no 4 (rajin) akan menjadi seperti biasa shj.

No 4 = Rajin
Sikap rajinnya amat terserlah, Visinya yang rajin mampu membuat sebarang kerja atau apa bidang sekalipun dan mampu mengeluarkan idea2 bernas lain drpd org lain.

No 5 = Boleh Berunding
Sikapnya boleh berunding dan senang berurusan dgnnya, namun dia juga dipengaruhi no-no lain pd visi dan sifat dlmn. Mampu berkomunikasi dgn org lain secara diplomasi.

No 6 = Angin
Sikapnya seperti angin, jika kita tiup angin, dia akan pergi, jika kita sedut angin, dia akan dtg. Maksudnya di sini, dia tidak begitu tetap pendirian. Sesiapa yg mempunya no 6 pd visi, dinasihatkan duduklah di sebelah org yg positif kerana anda mampu menjdi seorg yg hebat drpd org yg menyokong anda dan jika duduk sebelah org negatif, hancurlah anda.

No 7 = Patuh
Seorg yg sgt patuh pd sikap, kalau visinya patuh, kira bguslah boleh mendengar kata nasihat2 org dan harus dipraktikkan, namun jika sifat dlmnnya patuh, jgnlah terlalu menunduk dan menyerah kalah.

No 8 = Berniaga
Org yg mempunyai no ini mmg suka berniaga, suka tgk duit dan mampu mengembangkan harta, dll. Hati2 jika no 8 jatuh pd sikap kerana semua bisnes dia mahu ceburi tanpa focus dan menjayakan sesuatu. Visi 8 mampu bekerja keras dlm berniaga dan itulah kerjaya sebenar. Yg paling bgusnya jika sifat dlmnnya no 8 (jrg org ketahui) bhw dia mempunyai bakat dlm perniagaan.

No 9 = Glamour
Glamour di sini bermaksud berani menonjol diri, pandai berkomunikasi, pandai bergaya. Visi glamour mampu dan berani menceburi bdg2 spt penyiaran, penyanyi, peguam, dsb. Jika sifat dlmnnnya 9, jgn la terlalu branded style jika tidak disokong sikap dan visi yg tertentu.

----------------------------------
Dari pakar psikologi & Dr fadhilah kamsah pernah menerangkan kaedah pengiraan ini

Rahsia Disebalik kelahiran & Pasangan Ideal

Kalau anda dilahirkan pada 1hb, 10hb, 19hb, 28hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

Kalau anda dilahirkan pada 2hb, 11hb, 20hb, 29hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan.. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.


Kalau anda dilahirkan pada 3hb, 12hb, 21hb, 30hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.3
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 4hb, 13hb, 22hb, 31hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.4

Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang.. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

Kalau anda dilahirkan pada 5hb, 14hb, 23hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.5
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang kelakar di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 6hb, 15hb, 24hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 7hb, 16hb, 25hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.7
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no..2.


Kalau anda dilahirkan pada 8hb, 17hb, 26hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.8
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah.. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

Kalau anda dilahirkan pada 9hb, 18hb, 27hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.9
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Tabiat Wanita Mengikut Hari Kelahiran

ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU
Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

JUMAAT
Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.

AHAD
Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.